Frequently asked questions for importers in Malay

Soal jawab untuk pengimport

Apakah kesan piawaian baru ini terhadap makanan import?

Piawaian Maklumat tahun 2016 bagi Label Makanan Yang Menyatakan Negara Asalnya (“Piawaian Maklumat”) akan menyebabkan perubahan yang kecil sahaja bagi makanan yang diimport ke Australia.

Makanan import tetap diwajibkan memaparkan label yang mengandungi kenyataan tentang negara asalnya (contohnya Produk Thailand, Dibuat Di Kanada). Bagi sesetengah jenis makanan yang dikategorikan sebagai makanan keutamaan, pernyataan ini mesti diletakkan di dalam sebuah petak yang jelas pada label produk itu.

Untuk menepati syarat-syaratnya, anda boleh sama ada:

  • memperoleh produk import yang sudah ada label yang diwajibkan ini
  • menyunting label supaya menepati syarat setelah produk itu sampai di Australia.

Oleh sebab makanan import tidak dibuat, ditanam, atau dihasilkan di Australia, maka makanan itu tidak boleh memaparkan lambang kanggaru pada labelnya.

Makanan mana yang terjejas?

Piawaian Maklumat mewajibkan kebanyakan jenis makanan yang sesuai dijual secara runcit di Australia memaparkan label yang menyatakan negara asalnya. Piawaian Maklumat merangkumi:

  • makanan yang dijual secara runcit di Australia (contohnya makanan yang dijual kepada orang awam di kedai atau di pasar, ataupun melalui mesin layan diri)
  • makanan berbungkus yang dijual oleh pemborong
  • banyak jenis makanan yang tidak berbungkus.

Pernyataan tentang negara asal pada makanan import mesti diletakkan di dalam petak yang jelas pada label produk makanan itu, kecuali produk makanan itu bukan makanan keutamaan.

  • perasa
  • kudapan manis, termasuklah aiskrim
  • biskut dan makanan ringan
  • air botol
  • minuman sukan dan minuman ringan
  • teh dan kopi
  • minuman keras.

Semua jenis makanan lain adalah makanan keutamaan dan perlu memaparkan label baru ini.

Bilakah perubahan ini berkuat kuasa?

Piawaian Maklumat bermula pada 1 Julai 2016 dan diberi tempoh peralihan selama dua tahun. Sepanjang tempoh peralihan ini, syarikat-syarikat boleh sama ada:

Mulai 1 Julai 2018, makanan mesti dilabelkan mengikut syarat-syarat Piawaian Maklumat. Jika tidak, denda akan dikenakan. Walau bagaimanapun, stok dagangan (produk makanan yang telah dibungkuskan dan dilabelkan menurut Peraturan Piawaian Makanan pada atau sebelum 30 Jun 2018) masih boleh dijual tanpa label yang baru ini.

Bolehkah saya meminda label pada makanan import yang saya jual selepas produk itu tiba di Australia?

Ya, boleh. Anda boleh meminda labelnya selepas makanan tersebut tiba di Australia untuk memastikan label itu mematuhi Piawaian Maklumat.

Bagaimana rupanya label yang betul pada makanan import?

Makanan yang tidak ditanam, dihasilkan, dibuat atau dibungkuskan di Australia dikelaskan sebagai makanan import. Menurut Piawaian Maklumat, bungkusan makanan keutamaan yang diimport itu mesti memaparkan pernyataan tentang negara asalnya di dalam sebuah petak yang jelas. Makanan ini tidak boleh menggunakan lambang kanggaru kerana produk tersebut tidak berasal dari Australia. Syarat-syarat label bagi makanan selain makanan keutamaan tidak berubah.

Apakah label betul yang patut digunakan?

Di bawah ini ialah beberapa contoh yang dapat menolong anda memahami cara melabel produk ‘makanan keutamaan’ yang anda import itu dengan betul.

Sample label showing the text Produced in Canada.
(Dihasilkan Di Kanada)

Sample label showing the text Product of China.
(Produk China)

Jika makanan yang diimport itu dibuat, ditanam atau dihasilkan di satu negara sahaja, pernyataan seperti ini boleh digunakan pada labelnya.

Sample label showing the text Packed in Brazil from imported ingredients.
(Ramuan import yang dibungkuskan di Brazil)

Sample label showing the text Packed in Brazil with nuts from the USA, Canada and Brazil.
(Ramuan dari berbilang negara yang dibungkuskan di Brazil)

Sample label showing the text Packed in Brazil from multiple origins.
(Kacang dari Amerika Syarikat, Kanada, dan Brazil yang dibungkuskan di Brazil)

Pernyataan ‘Dibungkuskan di’ diperlukan jika makanan itu tidak boleh dikatakan telah ditanam, dihasilkan atau dibuat di satu negara asing.

Dalam keadaan begini, label itu mestilah juga menyatakan bahawa makanan itu berasal dari beberapa tempat ataupun terdiri daripada ramuan yang diimport.

Sample label showing the text Made in USA.
(Dibuat Di Amerika Syarikat)

Jika ramuan bagi makanan import itu berasal dari beberapa negara dan diubah dengan ketara di negara lain, maka pernyataan ‘Dibuat di’ hendaklah digunakan.

Contohnya, bahan-bahan mentah dari Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico digabungkan di sebuah kilang di Amerika untuk membuat kek yang dibungkuskan dan kemudian diimport masuk ke Australia untuk dijual. Dalam keadaan begini, pernyataan teks yang betul ialah ‘Dibuat di Amerika Syarikat’.

Label apakah yang harus saya pakai jika makanan import mengandungi ramuan dari Australia?

Jika makanan yang diimport ke Australia mengandungi sedikit ramuan dari Australia, makanan itu tetap diwajibkan memaparkan pernyataan yang menunjukkan negara asalnya di dalam sebuah petak yang jelas. Sebagai pilihan lain, anda boleh memasukkan juga pernyataan tentang peratusan ramuan di dalam makanan itu yang berasal dari Australia.

Contoh:

Jem buah-buahan ini dibuat di New Zealand menggunakan ceri dari Australia dan ramuan lain. Kandungan cerinya semua dari Australia dan merangkumi 73% produk itu. Pernyataan tentang negara asal ataupun label tanda piawai dengan dua komponen kedua-duanya boleh diterima.

Teks keterangan wajib

Sample label showing the text Made in New Zealand.

(Dibuat di New Zealand)

Teks tambahan atas pilihan masing-masing

Sample label showing a monochrome bar chart and the text Made in New Zealand from at least 73% Australian ingredients.

(Dibuat di New Zealand dengan sekurang-kurangnya 73% ramuannya dari Australia)

Jika kurang daripada sepuluh peratus ramuannya, mengikut berat yang masuk, berasal dari Australia, maka teks keterangan boleh menyatakan bahawa makanan itu dibuat atau dibungkuskan ‘dengan kurang daripada sepuluh peratus ramuannya dari Australia’ dan bukannya ‘daripada sekurang-kurangnya’ sekian peratusan minimum ramuannya dari Australia.

Contoh:
Sample label showing a monochrome bar chart and the text Packed in Australia from less than 10% Australian ingredients. 
(Dibungkuskan di Australia dengan kurang daripada 10% ramuannya dari Australia)
Anda juga boleh menyatakan negara asal sesuatu ramuan di dalam teks keterangan itu jika anda mahu.

Adakah Piawaian Maklumat yang baru ini mengubah tajuk tarif produk saya?

Piawaian Maklumat tidak mengubah tajuk tarif.

Bagaimanakah cara saya mendapatkan maklumat selanjutnya?

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, telefonlah business.gov.au melalui talian 13 28 46 atau layarilah business.gov.au/foodlabels

Download a copy

Frequently asked questions for importers - Malay

Thanks for your feedback. If you have any ideas on how we can improve, we'd love to hear them.

Please provide your comments in the feedback form.

You might also be interested in